Total Pageviews

Wednesday 6 November 2013

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2013

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2013 SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH FARMASI

 

  

 

KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DUF45 

Ijazah sarjana dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Farmasi Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DUF45: RM2,878.00)


Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Farmasi Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DUF45: RM3,188.37)


KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DUF51 


Mempunyai kelayakan seperti di perenggan di atas

Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya

Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DUF51: RM5,637.00) 

 

KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DUF53 (PROFESOR MADYA) 


Mempunyai kelayakan seperti di perenggan di atas

Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya

Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan

(Gaji permulaan ialah pada Gred DUF53 RM5,922.00) 


KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR) 

Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1 di atas

Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya

Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan

(Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,190.00) 


SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS 

  • Fungsi dan Bidang Tugas Umum 
  • Fungsi dan bidang tugas bagi jawatan Pensyarah adalah merangkumi: 
  • Penyelidikan dan penerbitan
  • Pengajaran dan penyeliaan
  • Perkhidmatan klinikal di farmasi hospital atau perkhidmatan di farmasi komuniti
  • Kepimpinan akademik, pengiktirafan dan sanjungan
  • Perundingan
  • Khidmat kepada universiti
  • Khidmat kepada masyarakat

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2013

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2013  

PINDAAN TERMA DAN PERUBAHAN HAD UMUR KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN 

 

 

PINDAAN 

Terma KPSL yang berkuat kuasa dipinda kepada Peningkatan Secara Lantikan (PSL) yang merujuk kepada suatu urusan pelantikan pegawai daripada skim perkhidmatan yang rendah kepada skim perkhidmatan yang lebih tinggi secara pelantikan baharu yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Melantik, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkaitan.

Perubahan had umur bagi pelantikan secara PSL ditetapkan seperti berikut:
  • 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; 
  • 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan 
  • 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN JURURAWAT DENGAN MEMPERUNTUKKAN PERBEKALAN KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI 


 



[ DOWNLOAD LINK ]
Tarikh Kuat Kuasa : 1 Jun 2013

PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN


Skim perkhidmatan Jururawat Gred U29, U32, U36, U41/U42, U44, U48, U52, U54 sedia ada adalah dipinda dengan memperuntukkan perbekalan kenaikan pangkat ke Gred Utama/Gred Khas dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Perbekalan- perbekalan lain dalam skim perkhidmatan Jururawat yang sedang berkuat kuasa dikekalkan.

Skim perkhidmatan Jururawat yang baharu adalah seperti di Lampiran A, manakala contoh format iklan adalah seperti di Lampiran B.

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED U29 


Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,687.59)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED U41 


Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,259.08)

Senarai 27 Pekeliling Perkhidmatan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan seperti yang diumumkan YAB Perdana Menteri dalam pembentangan bajet 2014 pada 25 Oktober 2013

Senarai 27 Pekeliling Perkhidmatan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan seperti yang diumumkan YAB Perdana Menteri dalam pembentangan bajet 2014
pada 25 Oktober 2013

  • Pindaaan skim perkhidmatan Perkhidmatan Jururawat Dengan Memperuntukkan Perbekalan Kenaikan Pangkat Ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi [ klik download ]
     
  •  Pindaan Terma Dan Perubahan Had Umur Kenaikan Pangkat Secara Lantikan [ klik download ]
  • Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Dan Pindaan Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan, Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Seni Bina Dan Penolong Juruukur Bahan [ klik download ]
  • Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Ukur, Juruteknik Landskap Dan Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa Serta Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Juruukur, Penolong Arkitek Landskap Dan Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa [ klik download ]
  • Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Pertanian Dan Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian, Pembantu Veterinai Dan Penolong Pegawai Veterinar [ klik download ]
  • Skim Perkhidmatan Pensyarah Farmasi [ klik download ]
  • Penggabungan Perkhidmatan Galian, Kimia Bumi Dan Kaji Bumi Kepada Perkhidmatan Geosains Di Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia [ klik download ]
  • Perubahan Nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R) [ klik download ]
  • Pindaan Skim Perkhidmatan Operator Loji, Pemandu Kenderaan Dan Penghantar Notis [ klik download ]
  • Pindaan Skim Perkhidmatan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Dan Pembantu Perawatan Kesihatan [ klik download ]
  • Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi Dan Pembantu Awam [ klik download ]
  • Penjumudan Skim Perkhidmatan Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera) [ klik download ]
  • Pindaan Skim Perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik [ klik download ]
  • Skim Perkhidmatan Pembantu Kemahiran [ klik download ]
  • Pertukaran Pelantikan Pegawai Dalam Skim Perkhidmatan Jumud Kepada Skim Perkhidmatan Yang Berkuat Kuasa [ klik download ]
  • Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Kebudayaan, Penerbitan Rancangan, Artis Budaya, Ahli Muzik, Ahli Fotografi, Jurusolek, Pereka Dan Pegawai Berita [ klik download ]
  • Pindaan Skim Perkhidmatan Pembantu hidupan Liar Rendah Dan Pembantu Hidupan Liar [ klik download ]
  • Skim Perkhidmatan Pembantu Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah Bagi Pemakaian Di Sabah Dan Sarawak [ klik download ]
  • Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Kawalan Trafik Udara [ klik download ]
  • Pindaan Skim Perkhidmatan Guru Bahasa [ klik download ]
  • Perubahan Nama Dan Pindaan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bahasa Dan penolong Pegawai Perancang Bahasa [ klik download ]
  • Pindaan Skim Perkhidmatan pegawai Rancangan Tanah [ klik download ]
  • Pindaan Skim Perkhidmatan Pemandu Lokomotif [ klik download ]
  • Pindaan Skim Perkhidmatan Pembantu Wartawan/Wartawan [ klik download ]
  • Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perpustakaan [ klik download ]
  • Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam, Penolong Pegawai Pertahanan, Pembantu Pertahanan Awam, Penolong Penguasa Imigresen Dan Pegawai Imigresen [ klik download ]
  • Tambahan Syarat Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) Dalam Perbekalan Ukuran Fizikal [ klik download ]