Total Pageviews

Wednesday 6 November 2013

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2013

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2013 SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH FARMASI

 

  

 

KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DUF45 

Ijazah sarjana dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Farmasi Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DUF45: RM2,878.00)


Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Farmasi Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DUF45: RM3,188.37)


KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DUF51 


Mempunyai kelayakan seperti di perenggan di atas

Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya

Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DUF51: RM5,637.00) 

 

KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DUF53 (PROFESOR MADYA) 


Mempunyai kelayakan seperti di perenggan di atas

Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya

Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan

(Gaji permulaan ialah pada Gred DUF53 RM5,922.00) 


KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR) 

Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1 di atas

Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya

Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan

(Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,190.00) 


SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS 

  • Fungsi dan Bidang Tugas Umum 
  • Fungsi dan bidang tugas bagi jawatan Pensyarah adalah merangkumi: 
  • Penyelidikan dan penerbitan
  • Pengajaran dan penyeliaan
  • Perkhidmatan klinikal di farmasi hospital atau perkhidmatan di farmasi komuniti
  • Kepimpinan akademik, pengiktirafan dan sanjungan
  • Perundingan
  • Khidmat kepada universiti
  • Khidmat kepada masyarakat

No comments:

Post a Comment