Total Pageviews

Wednesday 6 November 2013

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN JURURAWAT DENGAN MEMPERUNTUKKAN PERBEKALAN KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI 


 



[ DOWNLOAD LINK ]
Tarikh Kuat Kuasa : 1 Jun 2013

PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN


Skim perkhidmatan Jururawat Gred U29, U32, U36, U41/U42, U44, U48, U52, U54 sedia ada adalah dipinda dengan memperuntukkan perbekalan kenaikan pangkat ke Gred Utama/Gred Khas dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Perbekalan- perbekalan lain dalam skim perkhidmatan Jururawat yang sedang berkuat kuasa dikekalkan.

Skim perkhidmatan Jururawat yang baharu adalah seperti di Lampiran A, manakala contoh format iklan adalah seperti di Lampiran B.

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED U29 


Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,687.59)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED U41 


Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,259.08)

No comments:

Post a Comment